Nelayan Seafood by The Coast, Desaru

Cari makanan laut segar dan sedap di Desaru, haruslah datang Nelayan Seafood by The Coast. Seperti namanya, menu utama di sini adalah seafood, seafood dan seafood. Makan seafood menghadap pantai memang asyik. Walaupun gelap malam, boleh dengar deruan ombak dan rasakan desisan angin. Cuma malam kami pergi tu, hujan lebat seiring banjir di Kota Tinggi. Bunyi hujan lagi kuat dari bunyi ombak. Apapun, makan tetap enjoy.

Pintu masuk restoren. Daripada jauh dah nampak. Kena berjalan sikit sebab pintu utama menghadap laut.
Lauk-pauk yang kami makan malam itu.

Malam itu kami makan tujuh jenis lauk siap nasi dan minuman jus oren dan tembikai. Pada saya, terlalu banyak untuk 5 orang semeja tu. Tapi rezeki kan. Ucap ajelah alhamdulillah atas segala kurniaan Allah.

Tiga seafood yang paling saya suka di Nelayan Seafood by The Coast, Desaru

Makan di seafood restaurant tapi ada dua orang di meja kami tu alergi dengan seafood. Maka, berusahalah kami tiga ketul lagi ni menghabiskan segala lauk pauk tu. Haha. Tapi akhirnya tak berjaya, dibungkus jua. Katanya, geng lelaki nak buat ‘minum malam’ lewat malamnya nanti.

Honey butter prawn

Udang butter madu tu saja aku seorang makan sampai berbelas ekor. Sedap betul. Yang lain-lain tak sentuh sangat. Fokus habiskan udang. Puas makan. Dah tak payah makan udang sampai raya nanti. (kaitan sangat kan)

Honey butter prawn at Nelayan Seafood by The Coast
Honey butter prawn

Ikan siakap stim limau

Sebenarnya tak pastilah ikan siakap ini stim limau atau lemon. Yang penting rasanya sedap. Ditabur dengan daun ketumbar tu, naik baunya. Ikan tu segar, longkah senang dari tulang dan lembut isinya. Habis kepala ikan sekali aku kerjakan.

Siakap stim di Nelayan Seafood by The Coast
Siakap stim

Seafood soup

Inilah yang paling saya suka di restoren ini. Walaupun sup ini cuma appetizer saja, sup inilah yang paling membahagiakan saya malam itu. Sup yang likat seadanya. Rasa masin yang secukupnya. Seafood yang dihiris halus, sedap je digigit. Mungkin sebab hujan lebat, sup pun sangat sedap.

seafood soup at nelayan seafood by the coast
Sup makanan laut

Cari seafood di Desaru, ingat Nelayan Seafood by The Coast

Satu hari nanti bila pandemik dah reda, teringin makan seafood bila datang Desaru, bolehlah datang lagi ke Nelayan Seafood by The Coast. Lumayan. Sedap. Berbaloi.

Ikan segar

Hits: 58

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.