Holiday Inn Johor Bahru City Center

Holiday Inn Johor Bahru City Center: Bilik double deluxe, buffet makan malam dan buffet sarapan | Petang itu kami check in di Holiday Inn Johor Bahru City Center. Hujan dan mendung silih berganti sepanjang perjalanan dari Desaru sampai JB. Sejuk. Memang nyaman, sampai aje, rasa nak tidur terus. Tapi pemandangan dari tingkap bilik double deluxe tingkat 30 Holiday Inn ni buat aku terberangan sekejap. Sambil-sambil hirup kopi panas atas sofa dan makan pisang, merenung ke luar tingkap.

Double Deluxe Room Holiday Inn Johor Bahru City Center

Sofa overlooking the window in double deluxe room at level 30 in Holiday Inn Johor Bahru City Center
Tengoklah sofa yang menggamit ni. Ngantuk pun hilang sebab dia mengundang minum petang. Buatlah kopi secawan.

Lepas berkemas-kemas semua, bukalah TV. Ada 30 siaran kau! Pilih aje satu. Cuma petang tu dah tak betah nak berhibur sebab pengumuman dari Perdana Menteri dah nak mula. Maka buka ajelah TV3 petang tu. Sambil-sambil itu, golek-golek atas katil, kemas gambar dalam telefon dan muatnaik apa-apa yang perlu. WiFi dia bukan main-main lajunya ya, tuan-tuan dan puan-puan. Daftar masuk guna nombor bilik, mudah saja.

Double bed in double deluxe room Holiday Inn Johor Bahru City Center, featuring a flat screen TV, sofa and coffee table, and a working table
Katil double dalam bilik double deluxe

Lepas tamat pengumuman yang menghibakan seluruh Malaysia tapi amat diperlukan dari Perdana Menteri tu, bersiaplah kita untuk ke majlis makan malam nanti. Antara yang saya suka tentang bilik Holiday Inn JBCC ini adalah sabun, syampu dan pelembap diletakkan dalam botol-botol besar. Satunya, mudah diambil, tinggal pam saja, tak perlu buka tutup penutup botol. Keduanya, cara ini mesra alam, tak hasilkan banyak sampah plastik yang akhirnya perlu dibuang. Botol-botol ini boleh dipakai lama oleh ramai penginap bilik ini.

Sabu, syampu dan pelembap di dalam blik hotel Holiday Inn Johor Bahru City Center diletakkan dalam botol besar yang tahan lama dan boleh digunakan ramai penginap, jadi lebih tahan lama, kurangkan sampah dan mesra alam sekitar.
Botol besar tahan lama, lebih jimat dan mesra alam.

Seperti kebiasaannya bilik hotel ada menyediakan pengering rambut. Alangkah bahagianya saya di sini bila seterika dan papannya turut disediakan dalam bilik ini, Tak perlu panggil housekeeping. Senang kerja aku. Cepat bersiap, terus turun ke Dewan Sapphire, tempat makan malam kami.

Selain itu, disediakan dua jenis bantal – lembut dan keras – yang buat aku suka hotel ini. Tidur bahagia dengan bantal pilihan hati, eh, pilihan kepala!

Boleh pilih bantal ikut keselesaan kita di Holiday Inn JBCC

Dinner & Engagement Session with Johor / KL Tourism Industry Players

Tepat jam 8 malam, majlis bermula. Punctual. Networking dinner dengan pemain industri pelancongan anjuran Tourism Malaysia ini dihadiri pemandu-pemandu pelancong, pengurus-pengurus hotel, media dan pegawai-pegawai Tourism Malaysia sendiri.

En Solehuddin, Pengarah Tourism Malaysia, sewaktu berucap di Makan Malam bersama Pemain Industri Pelancongan Johor dan Kuala Lumpur di Holiday Inn Johor Bahru City Center pada 11 Januari 2020
En Solehuddin, Pengarah Tourism Malaysia, sewaktu berucap di Makan Malam bersama Pemain Industri Pelancongan Johor dan Kuala Lumpur

Duduk sebelah Keyin, kecohlah satu meja. Dapat pula kawan-kawan baru pemandu-pemandu pelancong yang sporting, havoc habis! Cerita makan dan travel tak habis malam tu. En Soleh, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, dalam ucapan beliau, menyatakan usaha-usaha yang Tourism Malaysia dapat laksanakan untuk bantu industri pelancongan di samping hasrat untuk melaksanakan meeting incentive exhibition di Iskandar Puteri.

Pinggan pertama daripada buffet makan malam Holiday Inn JBCC

Setelah fokus menghadam ucapan-ucapan En Soleh dan Pn Afzan (Pengarah Tourism Johor), maka fokuslah pula pada makanan. Jangan tanya berapa pinggan saya makan malam tu ya. Yang penting dia bermula dengan creme brulee di dalam gambar di atas tu dan diakhiri dengan kopi kaw dari mesin kopi. Apa yang paling penting malam itu adalah bersuai kenal dengan kawan-kawan baru dan mendengar cerita-cerita mereka yang terkesan bisnesnya akibat pandemik yang panjang ini. Lagipun, kami yang peserta fam trip ni, bukannya semat berbual panjang sepanjang trip. Jadual penuh! Baru inilah ada yang sempat berkenalan.

Malam berakhir dengan hati yang gembira dan perut yang buncit. Sebelum tidur, buka laptop dulu, kemaskini apa yang perlu. Meja kerja ada siap dengan lampu meja sekali. Memang sesuai sangat kalau lain kali nak beralih angin work from hotel dari work from home. Boleh tengok keseluruhan bilik dalam Facebook page saya di bawah:

Esoknya, hujan renyai-renyai, langit pun mendung. Agaknya langit pun bersedih sebab berita PKP 2.0. Hidup perlu diteruskan. Hari dimulakan dengan sarapan.

Makan-makan di Holiday Inn JBCC

Sebahagian daripada menu dalam buffet sarapan Holiday Inn Johor Bahru City Center
Sarapan pagi di Holiday Inn JBCC

Meriah ya buffet sarapannya. Kalau nak tengok menu penuh, boleh tonton video saya di YouTube. Saya masukkan sekali virtual tour bilik dan buffet makan malam dalam majlis Tourism Malaysia malam itu.

I definitely will come back to Holiday Inn Johor Bahru City Center. Loving the convenient location, warm hospitality and scrumptious food.

Hits: 125

2 Comments

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.