Teleport AirAsia membuat penghantaran khas kepada Graduan Dignity

Sufai, pelajar Tahun 6 dari Dignity for Children Foundation, mendapat kejutan besar apabila sijil graduasi, gambar dan pakej khasnya disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak. Pete amat yakin pada pendidikan dan memutuskan bahawa Teleport harus bekerjasama dengan Dignity untuk menjadikan detik-detik graduasi ini lebih istimewa.

Kuala Lumpur, 11 Disember 2020 – Teleport, syarikat logistik milik airasia digital telah bekerjasama dengan Dignity for Children Foundation (Dignity) untuk membuat penghantaran khas bagi meraikan graduasi pelajar mereka – upacara yang sering dinantikan oleh ramai pelajar.

Untuk memastikan graduan pelajar Tahun 6 tidak ketinggalan dalam upacara pencapaian mereka berikutan pandemik COVID-19, Dignity for Chidren Foundation, sebuah organisasi yang menyediakan pendidikan dan penjagaan holistik kepada pelajar yang kurang berkemampuan, menghubungi Teleport untuk membuat penghantaran pek graduasi khas kepada pelajar-pelajar mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan perkhidmatan penghantaran khas untuk meraikan kejayaan para pelajar ini. Dignity telah memainkan peranan besar dalam memupuk graduan mereka dan kami berbangga kerana diberi peluang untuk memainkan peranan yang bermakna menerusi perkhidmatan kami dengan menghantar pek graduasi mereka.”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Dignity for Children Foundation, Petrina Shee berkata, “Kami berterima kasih kepada Teleport kerana menyokong kami menerusi perkhidmatan penghantaran khas ini. Pelajar-pelajar kami telah berusaha keras dalam pelajaran mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kami gembira kerana dapat menjadikan detik-detik ini lebih bermakna untuk mereka.”

Pada 9 Disember, pasukan penghantaran Teleport, juga dikenali sebagai Teleporters, telah menghantar pakej graduasi khas kepada semua 112 graduan Dignity di Lembah Klang.

Pakej graduasi ini mengandungi sijil tamat persekolahan dan gambar mereka. Peniaga dari airasia fresh dan airasia food – Pihapi, Cakeissweet dan Pretty Baked by Em turut menyumbang dalam satu pakej khas kepada para pelajar Dignity untuk menjadikan detik-detik ini lebih istimewa.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja – daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Mengenai Dignity for Children Foundation

Dignity telah memberikan pendidikan berkualiti dan penjagaan holistik kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan selama lebih 21 tahun. Mereka bermula dengan kelas yang hanya mempunyai 20 pelajar pada tahun 1999, dan kini memberi pendidikan kepada 1,650 pelajar pada tahun ini. Dignity adalah pusat pembelajaran terbesar dan paling komprehensif untuk golongan kurang berkemampuan di Malaysia dan juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Yayasan ini telah menerima Anugerah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia 2019 atas usahanya dalam memenuhi matlamat Pembangunan Lestari “Tiada Siapa Yang Ketinggalan” serta Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Advokasi dan Sokongan Pelarian pada tahun 2018. Dignity juga telah menyambut Presiden ke-44 Amerika Syarikat, Barack Obama, pada tahun 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai Dignity, layari https://dignityforchildren.org/.

Hits: 35

One Comment

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.