Makan Chinese Food di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Johor Bahru
Chinese food sedap-sedap di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru, menggamit selera | Penggemar Chinese food, Renaissance Johor Bahru, melalui Wan Li Chinese Restaurant ada tawaran diskaun 20% untuk semua menu ala carte dari 11.11 hingga 12.12 tahun ini. Teruja sungguh bila dengar kan.
Saya dah rasa menu-menu popular di sini dengan adik kakak geng JDT Blogger bulan lepas. Mengancam ya menu-menunya. Daripada berpuluh-puluh menu di Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru ini, ada sepuluh menu yang paling popular dan recommended by chef.
Menu Popular di Wan Li Chinese Restaurant
Antara menu ala carte yang popular di Wan Li Chinese Restaurant adalah:
- Free Range Chicken with Fried Shallot and Black Truffle
- Glazed Air-dried Beef Fillet with Chili Sauce
- Wok-fried White Bait with Spicy Crispy Garlic
- Double-boiled Silky Fowl Soup with Dark Garlic King, Conpoy and Vegetables
- Stir-fried Prawns Fritter with Curry Butter Milk Sauce
- Wok-fried Australian Wagyu Beef with Foie Gras and Asparagus
- Grilled Lamb Rack with Homemade Pineapple Barbecue Sauce
- Fragrant Fried Chicken with Dried Chili, Garlic and Szechuan Pepper
- Fragrant Fried Rice with Conpoy, Egg White, Garlic Crisps and Beet Root Juice
- Chilled Mango Puree and Pomelo and Homemade Custard Pie
Nampak menyelerakan kan? Bukan presentation aje nampak cantik. Semua menu dimasak dengan bahan-bahan berkualiti dan segar. Beza rasa dia. Sedap. Memikat selera. Teringat-ingat sampai sekarang.

Top 5 Chinese Food Kegemaran Saya di Renaissance Johor Bahru Hotel
Siapa peminat Wagyu, sila berhenti scroll sekarang. Daging Wagyu import Austrororororolia (bak kata Johan Raja Lawak). Digoreng dengan foie gras yang lembut cair di mulut dan asparagus rangup berasa. Daging Wagyu itu, oh daging Wagyu itu! Tak terkata. Lembut, juicy. Kunyah perlahan-lahan sebelum telan, nikmat.

Citarasa orang lain-lain kan? Ada orang suka makan kambing. Ada orang langsung tak lalu tengok kambing. Ada orang nak makan kambing tak boleh ada bau. Tapi rusuk kambing di Wan Li yang dimasak dengan sos nenas ni buat saya jatuh cinta. Lembut gila. Kuak dengan garfu, senang je cerai dari tulang. Rasa dia tak payah cakaplah. Makan memang kena ingat-ingat orang belakang belum rasa. Masam, manis, masin dengan rasa smokey kambing bakar.

Biasa makan free range chicken? Ayam kampung ini memang mengundang nostalgia zaman kanak-kanak dulu. Tak tahulah apa chef ini buat sampai ayam yang dipotong kecil-kecil tu jadi lembut sangat. Bawang goreng dan black truffle tu memang memberi rasa.

Beef fillet sedap diratah-ratah. Rangup keriuk-keriuk bunyinya. Dengan rasa manis dan masinnya, pedas-pedas sikit. Tak boleh berhenti mengunyah.
Dessert puri mangga dengan limau Bali ni sejenis kelainan di Wan Li Chinese Restaurant. Dipadan dengan lemak inti dalam custard pie yang gebu. Gembira cucui mulut dengan hidangan ni lepas menu-menu di atas semua tadi.


Lihat lagi gambar dan video menu di bawah: Chinese Food di Renaissance Johor Bahru
Wan Li Chinese Restaurant
Menu-menu ini available sepanjang hari di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel. Pastikan tempah tempat anda melalui Table App atau hubungi restoren terus.


Hits: 35
Terus rasa macam nak pi singgah sana makan le pulak..adeiiii mengundang kelaparan sungguh…
Kak, jom makan dimsum. Hahaha.