Milk Tea dan Waffle Sedap di Shake Shake Sunway Big Box

Milk tea dan waffle sedap di Shake Shake | Hari tu, geng mak-mak cantik (walaupun aku belum mak, tapi aku geng mak-mak) JDT Blogger pergi pembukaan Sports Direct di Sunway Big Box. Selesai shopping tengah hari tu, kami pun makan di Shake Shake di bahagian Box in Box dalam Sunway Big Box tu. Dengar kata, boba milk tea nya antara minuman popular di sini. Tapi bila kami sampai, ada surprise!

Outlet Shake Shake di Sunway Big Box

Pleasant surprise, indeed. Rupa-rupanya Shake Shake bukannya jual minuman saja, ada juga pillihan makanan. Tak jadilah kami nak cari makan tengah hari. Kami terus makan di sini saja.

Pilihan Makanan dan Minuman Di Shake Shake

Minuman popular di Shake Shake

Minuman yang kami cuba di Shake Shake hari tu:

  • Fiery Brown Sugar Pearl Fresh Milk (signature)
  • Cheese Passion Fruity Ice Tea
  • Iced Latte
  • Pearl Milk Tea
  • Matcha Red Bean Smoothie
  • Purple Rice Yogurt

Personally, aku paling suka Pearl Milk Tea dia. Lembut je rasa teh tu. Dan pearls dia nice size. Tak adalah tersangkut-sangkut kat straw dan tekak. Segar sungguh lepas seharian berjalan di mall yang luas ni.

Cheese passion fruity ice tea di Shake Shake

Cheese Passion Fruity Ice Tea sesuailah untuk penggemar buah markisa atau cheese, sebab minuman ini adalah gabungan teh, isi buah markisa dan cheese cair. Masam, manis dan lemak berserta sedikit pahit teh bersatu dalam satu cawan.

Matcha Red Bean Smoothie di Shake Shake

Matcha Red Bean Smoothie ini aku suka sebab teh hijaunya dapat terasa kesegarannya dan halus-halus aisnya. Sedap disedut dengan straw besar tu. Cuma aku bukanlah penggemar kacang merah. jadi lain kali aku akan order tanpa kacang merah.

Ice Latte di Shake Shake

Ice Latte. Ringkas namanya. Ada di mana-mana. Namun, istimewanya latte di Shake Shake ini, biji kopinya adalah campuran Colombia dan Arabica, yang dikisar halus pada hari ia dihidang. Jadi rasa dan bau kopi segar tu dapat dinikmati dalam setiap hirupan.

Waffle rendang, tomyam dan chicken floss di Shake Shake

Shake Shake ada menghidangkan waffle dengan tiga inti: rendang, tomyam dan chicken floss. Tiga-tiga sedap, cuma yang paling saya suka adalah rendang. Kena tunggu sekejap untuk dapatkan waffle sebab setiap waffle dimasak dan dihidag panas-panas selepas kita order. Hotdog nya inti sosej biasa. Tiada expectation tambahan. Tapi nak beritahu yang roti hotdog tu lembut sangat.

Kesimpulan saya, milk tea dan waffle Shake Shake ni memang sedap sangat.

Menu dan Suasana di Shake Shake

Berikut adalah menu penuh Shake Shake. Selain waffle berinti yang tiga tadi, ada juga waffe biasa yang disapu jem. Jagung dalam cawan pun ada. Banyak lagi menu minuman yang boleh anda pilih di Shake Shake. Yang bagusnya, kita boleh set sendiri tahap kemanisan dan kadar ais yang kita mahu.

Shake Shake terletak di Box in Box dalam Sunway Big Box. Pastikan anda letak kereta di kawasan East Parking supaya anda tak perlu jalan jauh. Ruangan di depan outlet Shake Shake ada kerusi dan meja tapi terhad. Anda boleh duduk di mana-mana kerusi yang tersedia di Sunway Big Box.

Like dan Follow Facebook dan Instagram @teashakemalaysia untuk info-info baru tentang Shake Shake.

Hits: 63

One Comment

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.