Mi Rebus Sungai Chat Thistle Johor Bahru

Bukan namanya orang Johor kalau tak pernah makan mi rebus. Sinonim sungguh mi rebus dengan orang-orang Johor. Saya nak kongsi satu lagi tempat makan mi rebus untuk anda. Eksklusif hanya dalam bulan November 2020 ini saja. Kena cepat.

Mi rebus Sungai Chat Thistle Johor Bahru
Mi Rebus Sungai Chat

Bulan lepas, Thistle Johor Bahru menyajikan kita dengan Nasi Dagang sedap dan unik. Sampai sekarang, teringat-ingat kesedapan kuah kari ikan tongkol dan durian goreng tempura tu. Kali ini, Thistle ada menu baru. Ha!

Mi Rebus Sungai Chat

Mi Rebus Sungai Chat, khas dari Hotel Thistle Johor Bahru untuk peminat-peminat mi rebus sekalian. Maaflah orang luar Johor Bahru, mungkin susah sikit nak datang. Tapi tak apa. Orang JB boleh datang serbu.

Tengoklah gambar di atas tu. Dengan telur rebus sebiji, kuah pekat, likat, dan udang besar-besar tu, dapat makan panas-panas memang nikmat. Lagi-lagi bila digandingkan dengan otak-otak dan teh tarik pekat. Fuh!

Muka dah tak sabar nak ngap!

Mi Rebus Sungai Chat boleh didapati di Glass Restaurant dalam Thistle Johor Bahru dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam, setiap hari. Anda boleh makan di restoren atau tempah untuk makan dalam bilik bila menginap di sana. Untuk tempahan makan di luar hotel, anda boleh tempah dengan minimum 20 pek.

Set Lengkap Mi Rebus Sungai Chat

Mi rebus sungai chat thistle johor bahru RM14.90
Set Mi Rebus Sungai Chat termasuk otak-otak dan teh tarik.

Satu set hidangan untuk seorang ini berharga RM14.90 nett sahaja. Untuk tempahan, boleh terus hubungi Glass, Thistle Johor Bahru di talian 07-222 9234 atau WhatsApp terus https://wa.me/60127892092.

Menu Glass Thistle Johor Bahru
Menu Glass Thistle Johor Bahru

Menu tetap di Glass dibuka untuk tempahan seperti biasa. Boleh lihat gambar di atas untuk rujukan. Pastikan anda pakai pelitup muka sepanjang masa kecuali sewaktu makan dan sentiasa sanitasi tangan. Thistle Johor Bahru komited menyediakan pengalaman terbaik untuk anda dengan menyediakan kemudahan sanitizer di pintu-pintu masuk hotel. Pastikan anda imbas suhu badan dan rekodkan kedatangan anda dengan aplikasi MySejahtera untuk pastikan keselamatan anda dan pengunjung Thistle Johor Bahru yang lain.

Makan mi rebus sungguh-sungguh. Keselamatan tetap perlu dijaga.

Hits: 61

One Comment

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.