Makan Dimsum di Renaissance Johor Bahru

Orang Cina panggil dimsum. Orang Jepun panggil gyoza. Orang Korea panggil ladu. Orang puth panggil dumpling. Orang Melayu panggil ladu. Asasnya sama, cuma inti dan lipatannya berlainan mengikut budaya tempat asalnya. Di Malaysia ini, yang paling popular adalah dimsum sebab bangsa Cina orang Malaysia.

Di Johor Bahru, antara tempat makan dimsum sedap, ini ha: Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel. Pilihannya banyak. Inti dibuat dengan bahan-bahan segar. Nampak simple, tapi sedap berasa. Harga pun berbaloi dengan pilihan buffet dimsum yang ada.

Pilihan Dimsum di Renaissance Johor Bahru Hotel

(Dari kiri, arah jam) Har kao, deep-fried prawn dumpling with mayonnaise, deep-fried bean curd, scallop dumpling, taro bun, taro croquettes, Shanghai dumpling, pumpkin porridge, steamed chicken feet in black pepper sauce, and siew mai.

Tengok semua dimsum yang kami cuba kelmarin di Wan Li Chinese Restaurat. Meriah, penuh satu meja. Sebenarnya saya bukan penggemar dimsum sejujurnya. Namun, saya dah terpikat dengan dimsum-dimsum di sini sebab rempahnya berasa, dimsum dihidang panas, bahan-bahan digunakan segar-segar seperti udang dalam inti, dan servis yang baik dari restoren.

Dimsum Pilihan Saya

Superior “Har Kao” with Water Chestnuts

Dalam banyak-banyak pilihan kebabom lagi berwarna-warni itu, sebagai seorang old school lagi klasik, semestinya Har Kao yang legenda tapi nampak ringkas ini yang menambat hati saya. Inti udangnya besar dan segar. Bila gigit, kenyal-kenyal dan air dari udang itu menambat semua deria rasa. Ecewah!

Semua menu dimsum dan lauk makanan Cina yang popular di Wan Li Chinese Restaurant

Ada berpuluh-puluh menu di Wan Li Chinese Restaurant ya. Selain pelbagai pilihan dalam buffet dimsum ini, ada juga hidangan ala carte masakan Cina yang anda boleh cuba.

Shanghai dumpling

Shanghai dumpling ini juga saya suka. Pilihan kedua saya dari semua menu yang ada. Nampak tak? Pilihan saya semuanya nampak biasa-biasa dari luaran. Tapi nanti bila dah rasa, pergh! Inti Shanghai dumpling ini juga berasaskan udang. Ladu ini distim dan kemudian digoreng sedikit, menjadikannya lembut dengan kulit yang sedikit rangup di tepi.

Scallop dumplings

Ini pertama kali saya makan ladu kekapis atau scallop dumpling. Selain persembahan hidangan ini yang nampak menyelerakan dan menggamit, rasanya juga sepadan. Indah khabar seperti rupanya. Kekapis segar yang kenyal-kenyal itu dimasak dengan rasa yang cukup semuanya, cair di mulut bila digigit.

Deep-fried prawn dumpling with mayonnaise (Photo by Hernee Nazir)

Peminat karipap rangup seperti saya pasti suka ladu udang atau prawn dumpling ini. Inti udang itu dipadan dengan mayonaisse. Kulit di luarnya rangup sekali.

Fried Bean Curd

Dan akhir sekali dalam pilihan top 5 saya adalah fried bean curd ini. Dalamnya ada inti kacang merah yang manis dan lemak masin. Kulit kacang yang digoreng itu rangup sangat.

Reserve Your Table at Wan Li Chinese Restaurant

Semua ini boleh anda nikmati di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel. Buat tempahan melalui aplikasi Table App ini. Untuk pertanyaan atau makluman lanjut, hubungi restoren di talian 07-381 3388.

Kalau nak lihat lebih banyak gambar, boleh singgah Facebook Page saya lalu pautan di bawah.

Hits: 6

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.