Hi Tea Hujung Minggu Di Fraser Place Puteri Harbour
Inginkan kelainan dengan menu hujung minggu anda? Boleh cuba Absolute Hi Tea di Fraser Place Puteri Harbour, Johor. Makan di restoren Swatches di tingkat bawah Fraser Place dengan latar belakang Puteri Harbour yang indah, membuatkan masa makan dengan yang tersayang lebih ceria dan indah. Koleksi menu dari makanan Melayu, masakan Cina, kebab dari Timur Tengah dan makanan laut segar pasti membangkitkan selera.
Kegemaran saya
Durian tempura dalam set hi tea Fraser Place ini yang paling menggamit tekak saya. Banyaknya aku makan. Ya Allah! (Jangan tanya berapa biji ok) Walaupun dah sejuk sebab lama terletak atas meja, rangupnya tu masih mengancam lagi. Satu lagi, isi durian tu tak terlalu cair, jadi bila makan tu tak terpercik durian kena tudung. Tengok gambar di bawah, isi durian tu elok je terletak dalam salutan tepung tu, tak meleleh keluar kan.

Satu lagi yang eloknya di Fraser Place Puteri Harbour ini adalah pematuhan SOP pandemik. Selain hand sanitizer yang ada di mana-mana sudut hotel, penggunaan pelitup muka diwajibkan kecuali semasa duduk makan. Walaupun anda bangun sekejap untuk ambil makanan, wajib pakai semula pelitup muka. Saya tahu sebab saya bangun dan terlupa pakai, lalu ada staf tegur “Puan, tolong pakai pelitup muka ya.” Bagus, ingatkan dengan berhemah.
Selain itu, semua makanan akan dicedukkan oleh staf. Kawasan hidangan dihadang dengan tali merah. Pelanggan perlu berdiri di seberang penghadang untuk pilih hidangan, chef atau pelayan akan ambilkan untuk anda. Sesetengah menu yang biasa perlu ditunggu masak dan ambil layan diri, kini anda hanya perlu bawa nombor meja dan tunjukkan pada pelayan. Nanti hidangan tu siap dimasak, mereka akan hantar ke meja anda. Ini untuk elakkan kesesakan di kawasan hidangan. Antara menu yang dimasak selepas tempahan adalah lobster, makanan laut, kebab dan hidangan panggang seperti daging, ayam dan kambing.




Untuk memudahkan pelanggan juga, sebahagian hidangan dipotong dan dihidang kecil-kecil. Mudah diambil dan kurangkan pembaziran. Setiap saiz cukup satu hidangan untuk satu orang makan. Saya suka konsep ini.

Tambah RM20
untuk dapatkan set steamboat ini. Jika anda makan beramai-ramai, berbaloi sangat ambil set steamboat. Selain sayur, telur dan mi tambahan itu, saya ambil makanan laut dari hidangan pilihan utama dan rebus dalam kuah steamboat ini. Bahagia hirup mi kuah panas-panas.
Hidangan lain yang pada saya bintang dalam Absolute Hi Tea Fraser Place ini adalah smoked salmon dan lobster di bawah. Segar dan menyelerakan. Penggemar makanan laut mesti makan yang ini ok.


Untuk lihat gambar hidangan penuh, berkunjunglah ke Facebook page saya di bawah.

Untuk tempahan
Hubungi restoren Swatches, Fraser Place Puteri Harbour di pautan https://wa.link/r8acra
Untuk makluman lanjut, boleh semak Facebook atau Instagram mereka di carian @FraserPlacePuteriHarbour
Hits: 58