Nasi Dagang Thistle Johor Bahru

Inilah Ajan yang tak suka makan nasi dagang tu.

Saya tak tipu bila saya kata saya tak suka nasi dagang. Sebab kebanyakan nasi dagang yang ada di mana-mana, dicampur atau sepenuhnya guna beras pulut. Dan beras pulut bukanlah kegemaran saya.

Bila Thistle Johor Bahru buat promosi nasi dagang ini, saya teruja sebab harganya murah. “Wah, satu set macam ini RM18.90 je!” Nasi dagang dengan ikan dua kelar, siap ada keropok, telur masin dan sayur, dihidang panas-panas.

Nasinya dari beras khas untuk nasi dagang, memang beza rasanya. Dan kata Joshua, “Chef insists the meals are served hot.”

Nasi sedap sebab beras asli untuk nasi dagang.

Bukan itu saja, set ini dilengkapkan lagi dengan teh lemon ais dan durian goreng. Durian goreng ya, tuan-tuan dan puan-puan. Saya ulang sekali lagi, durian goreng!

Set lengkap ini berharga RM18.90

Kari ikan tongkol itulah bintang dalam sajian ini. Ada dua kelar, memang lebih dari cukup. Rempah kari dalam kuah tu memang diadun rapi. Cukup masin dan manisnya, pada saya. Menurut Kak Seri, kurang masin. Tapi sebab ada telur masin sekali, maka seimbanglah rasa hidangan ini.

Pekat sungguh kari ikan tongkol ini. Jenis kuah yang kalau isinya dah habis, tetap nak simpan, dan panaskan buat sarapan pagi esoknya. Cicah dengan lempeng ke, cekodok ke. Makan dengan nasi panas lauk telur goreng pun tak apa. Tapi ini semua hanya angan-angan belaka sebab habis licin kuah itu masa tu juga.

Kalau pandai masak kari macam ini, boleh jadi calon menantu idaman.

Makan berselera. Lagi-lagi suasana dan lanskap Hotel Thistle Johor Bahru ini yang sangat cantik dan menenangkan. Makan dikelilingi dinding kaca dan kolam serta air pancur. Romantis!

Kata orang, makanan yang sedap jadi tambah sedap bila kita makan dengan orang-orang yang kita suka dan membahagiakan kita. Gegadis JDT Blogger pastilah membahagiakan saya. Seronok dapat kumpul ramai-ramai begini sekali-sekala.

Terselit seorang kumbang di situ, wakil tuan rumah kita.

Terima kasih, Thistle Johor Bahru!

Nasi Dagang Thistle Johor Bahru

Terhad sehingga 31 Oktober 2020, untuk dine-in atau in-room dining saja. Take away perlulah tempahan minima 20 pek.

Hits: 153

One Comment

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.