Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong

Sempadan Johor- Pahang di depan jeti Penyabong
Pulau ini adalah penghujung sempadan Johor. Perairan di belakangnya sudah masuk negeri Pahang.

Tanjung Penyabong adalah jeti nelayan yang telah dinaiktaraf menjadi tempat beriadah santai untuk orang awam dan pelancong. Antara tarikannya adalah kawasan medan selera yang meriah dan dipenuhi kedai-kedai makan yang menampilkan makanan Melayu, makanan laut dan kudap-kudap petang. Salah satunya Ikan Celup Tepung atau ICT yang menghidangkan ikan segar yang digoreng celup tepung. Rangup di luar, lembut di dalam, sedap!

Gerai yang sama juga ada menjual pisang goreng, keledek goreng, cucur udang, udang goreng tepung, ketam goreng tepung dan keropok lekor yang merupakan makanan terkenal di Mersing. Maklumlah, ramai orang Mersing berketurunan asal Pantai Timur. Punyalah sedapnya makanan di sini sampai saya lupa ambil gambar makanan langsung. Haha. Tapi bolehlah tengok sikit-sikit gambar makanan dalam video di bawah ni, jemput singgah ke saluran YouTube saya:

https://youtu.be/TaQDKfoCLAE
Ikan Celup Tepung Penyabong

Asal-usul nama Penyabong

Tanjung Penyabong mendapat nama sebegitu sebab dulunya jadi tempat orang kampung bersabung ayam. Kegiatan tak elok macam ini kenalah buat jauh-jauh dari kampung kan. Jadi mereka pergilah ke hujung Tanjung ni.

Pulau Penyabong yang bersambung dengan dataran
Pulau Penyabong yang mungkin dulunya tempat orang bersabung ayam

Pulau Penyabong

Pulau Penyabong ini kosong saja. Tapi laluan yang meyambungkannya ke darat tu membuatkan kawasan sini nampak cantik. Masa kami di sana, ada 2 pasang pengantin baru tengah outdoor shooting. Gigih tengah-tengah panas terik membakar kulit tu. Memang tempat pilihan pengantin nampaknya.

Cantik juga bergambar di sini

Kemudahan disediakan di Dataran Penyabong

Jeti yang telah dinaiktaraf jadi Dataran Penyabong ini memang sesuai untuk aktiviti santai bersama keluar. Jalan-jalan boleh. Minum petang boleh. Makan tengahari dan makan malam pun meriah, menurut tour guide kami. Sampai ke hujung jeti orang berjalan-jalan anak-beranak. Meriah.

Kawasan jeti kayu lama yang dijadikan tempat letak bot

Hits: 102

One Comment

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.