Coolblog Lancarkan SawadeeCool Dengan 4 Perisa Gabungan Thai Tea

Siri minuman terbaru Coolblog bakal memikat tunas rasa penggemar teh | Pada 17 September yang lepas Coolblog Malaysia lancarkan siri Sawadeecool, minuman baru dengan perisa gabungan thai tea. Tunas rasa saya sudah pun terpikat dengan Chocolate Thai Tea mereka. Perisa-perisa lain adalah Matcha Thai Tea, Malt Thai Tea dan Tiramisu Thai Tea.

Chocolate Thai Tea - Coolblog lancarkan Sawadeecool

Chocolate Thai Tea

dikatakan sebagai minuman paling popular dalam siri Sawadeecool ini. Taruhan baru Coolblog ini mengangkat rasa unik dan tersendiri teh Thailand yang digabungkan bersama bahan dan perisa berkualiti Coolblog.

Perasmian Sawadeecool oleh YB Dato’ Rosol Wahid

Majlis pengenalan Sawadeecool telah dirasmikan oleh YB Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan turut dihadiri oleh barisan pegawai dan pengurusan tertinggi KPDNHEP negeri Johor. Pelancaran ini dilangsungkan di cawangan Coolblog di tingkat 1, Angsana, Johor Bahru.

YB Dato' Rosol Wahid, ketika merasmikan siri minuman Sawadeecool baru di Coolblog Angsana Johor Bahru
YB Dato’ Rosol Wahid, ketika merasmikan siri minuman Sawadeecool baru di Coolblog Angsana Johor Bahru
YB Dato' Rosol Wahid ditunjukkan cara-cara menyediakan minuman Chocolate Thai Tea dari siri minuman baru Coolblog Sawadeecool
YB Dato’ Rosol Wahid ditunjukkan cara-cara menyediakan minuman Chocolate Thai Tea dari siri Sawadeecool

Coolblog lancarkan Sawadeecool sebagai penutup 2020

Menurut Cik Priscilla Leaw, Ketua Pegawai Operasi Coolblog Malaysia, Coolblog lancarkan Sawadeecool sebagai strategi Coolblog Malaysia dalam memberi minuman yang dapat menghangatkan kempen penutup mereka pada tahun 2020 ini. Beliau yakin siri dan perisa baharu SawadeeCool ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat dari siri kempen sebelum ini.

Harga Minuman Sawadeecool

Kesemua empat minuman dalam siri Sawadeecool boleh didapati di semua 300 cawangan Coolblog pada harga RM9.80 bagi saiz 700mL.

Senarai cawangan Coolblog Malaysia: https://www.coolblog.com.my/outlets

Media Sosial Coolblog Malaysia

Gunakan hashtag #SawadeeCool dan #CoolblogMalaysia untuk gambar-gambar anda ya. Sudah cuba minuman ini nanti, beritahulah saya yang mana satu kegemaran anda. Saya belum cuba lagi Malt Thai Tea tu, nampak sedap. Kepada peminat thai tea semua, anda rasa Sawadecool Coolblog boleh lawan thai tea dari Amphawa tak?

Hits: 65

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.