WCT lancar kempen ‘Shop, Stay & Fly’ yang menawar hadiah menarik dan diskaun hebat!

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2020 – Penggemar beli-belah kini berpeluang memenangi hadiah utama kerana WCT Malls melancarkan kempen ‘Shop, Stay & Fly’ yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM150,000 kepada mereka yang suka membeli-belah.

Mengulas berkenaan kempen, Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif – WCT Malls Management berkata, “Kami sangat gembira untuk melancarkan kempen ‘Shop, Stay & Fly’ di WCT Malls. Kami amat menghargai pelanggan kami dan ingin meningkatkan dan memperkayakan pengalaman membeli-belah mereka di pusah membeli-belah kami. Kami juga disokong oleh usaha kerajaan dalam memberi yang terbaik kepada industri pelancongan dengan mengadakan kempen yang menawarkan hadiah luar biasa, promosi tiada tandingan dan pelbagai aktiviti menarik untuk memajukan sektor peruncitan tempatan.

Kempen ini akan berlangsung dari 7 Ogos hingga 12 Disember 2020 di semua pusat membeli-belah di bawah pengurusan syarikatnya, iaitu Paradigm Mall Petaling Jaya (PMPJ), Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), geteway@kila2 dan Skypark Terminal, dengan sokongan kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Jualan Sale Malaysia oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Pelanggan layak menyertai satu kali penyertaan untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Shop, Stay & Fly’ dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50 dalam satu transaksi di mana-mana cawangan WCT Malls sementara pemegang kad Citibank layak untuk menyertai dua kali penyertaan. Dilakukan pada setiap bulan, pelanggan bertuah berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan pulang domestik Firefly atau penginapan 2 hari 1 malam di New Word Petaling Jaya Hotel sepanjang tempoh kempen.

Untuk menggandakan keseronokan, pelanggan yang membuat pembelian pada 8 Ogos, 9 September, 10 Oktober, 11 November dan 12 Disember 2020 layak menggandakan peluang mereka untuk memenangi cabutan bertuah, manakala pemeganga kad Citibank pula layak menyertai 4 kali penyertaan.
Dengan lebih daripada 700 buah kedai runcit dan perkhidmatan, termasuk jenama fesyen terkemuka dan pereka fesyen, kedai serbaneka kecantikan, perabot rumah, kedai elektronik dan pelbagai pilihan makanan & minuman di empat buah pusat membeli-belah, WCT Malls menawarkan tawaran dan diskaun yang sememangnya tidak boleh dilepaskan.

Selain kempen ‘Shop, Stay & Fly’, WCT Malls juga melangsungkan kempen #KisahWiraKita sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia dari 14 Ogos hingga 20 September 2020. Untuk memperingati kemerdekaan Malaysia yang ke-63, WCT Mallls telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan buat pelanggan setia mereka.

WCT Malls:

Nama : 555,000 WCT Buddy points up for grabs for our loyal shoppers
Tarikh : 8 Ogos, 9 September, 10 Oktober, 11 November & 12 Disember 2020

Beli dan Menang! Jadi pembeli teratas pada tarikh istimewa – 8 Ogos, 9 Septemper, 10 Oktober & 12 Disember dan berpeluang untuk mendapat WCT Buddy Points Tambahan.

Aplikasi WCT Buddy adalah program penghargaan dan kesetiaan tanpa kad yang efisien oleh WCT Mall yang mengumpul ‘buddy points’ untuk pelanggan semasa mereka berbelanja di kedai yang mengambil bahagian di semua WCT Malls. ‘Buddy points’ boleh ditukar menjadi Baucar Tunai WCT, eDeals, ganjaran, barangan eksklusif dan banyak lagi.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Paradigm Mall Petaling Jaya:

Nama : We are Malaysians Photography Contest & Exhibition
Tarikh peraduan : 8 – 21 Ogos 2020

PMPJ mengalu-alukan jurugambar untuk menghantar gambar terbaik yang dihasilkan sendiri dengan bertemakan ‘We are Malaysian’ ke paradigmphotocontest@pspj.org. Sebanyak 40 penyertaan yang disenarai pendek akan dipamerkan di sekitar pusat membeli-belah dari 29 Ogos hingga 16 September 2020. Pemenang hadiah utama peraduan akan menerima baucar tunai bernilai RM800 & Telefon Pintar 4G YES. Naib juara akan mendapat baucar tunai bernilai RM300 & Telefon Pintar 4G YES, manakala pemenang hadiah tempat ketiga akan diberikan baucar tunai bernilai RM150 & Telefon Pintar 4G YES. Pemenang kategori merit akan menerima baucar tunai bernilai RM100 setiap seorang manakala 22 pemenang saguhati masing-masing akan menerima baucar tunai RM50. *Tertakluk pada terma dan syarat

Nama : Merdeka Cake Decorating Contest
Tarikh peraduan : 31 Ogos 2020
  • 14 Ogos 2020 – 30 Ogos 2020 (Tempoh Pendaftaran)
  • 31 Ogos 2020 (Hari Peraduan) 2 slot – 11 pagi & 5 petang
  • Good Times DIY & Lifestyle Café (Lot 03, Tingkat 2)
  • Peraduan terbuka kepada seorang dewasa dan seorang kanak-kanak (berumur 7-12 tahun)
  • Bayaran pendaftaran sebanyak RM20 sepasang (dewasa & kanak-kanak) diperlukan untuk peraduan ini. Pembayaran akan dibuat di Kaunter Pertanyaan, Tingkat Bawah setelah peserta berjaya mendaftar secara dalam talian. Resit akan dikeluarkan. Sebanyak RM20 akan dikembalikan kepada peserta pada hari peraduan.
  • Peraduan ini terhad kepada 10 pasangan sahaja bagi setiap slot tertentu. Terdapat dua slot untuk peraduan ini; pada pukul 11 pagi & 5 petang. Peserta harus memilih slot tertentu yang tersedia. Pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.
  • Hadiah utama: Baucar Good Time Baking untuk Menu Peringkat Lanjutan bernilai RM145 + Baucar Tunai RM400 Hadiah kedua: Baucar Good Times Baking untuk Menu Peringkat Pertengahan bernilai RM95 + Baucar Tunai RM250 Hadiah ketiga: Baucar Good Times Baking untuk Menu Peringkat Permulaan bernilai RM65 + Baucar Tunai RM150
  • 5x Hadiah saguhati: Baucar Tunai RM50
  • Peserta mesti membawa sendiri bahan hiasan & bahan lain untuk menghias kek mereka. Hanya kek span berukuran 6 inci, krim hiasan, coklat, taburan, alat pembuat kek & peralatan yang akan disediakan oleh Good Time DIY & Lifestyle Café.
  • Setiap peserta akan diberikan masa selama dua (2) jam untuk menyelesaikan menghias kek.

Paradigm Mall Johor Bahru:

Nama : Peraduan Facebook – Terima Kasih Wira Kita
Tarikh peraduan : 14 Ogos – 16 September 2020

Pada Hari Kebangsaan ini, raikan ‘Wira’ tempatan anda! Rakyat Malaysia boleh menyertai peraduan ini dengan berkongsi kisah-kisah inspirasi mengenai wira-wira tempatan yang telah menjangkaui dalam membantu orang lain dalam membuat perbezaan dengan usaha mereka. Kisah terbaik akan dipaparkan di panel digital PMJB. Untuk menyertai peraduan, para peserta dikehendaki menyukai Halaman Facebook Paradigm Mall JB & Halaman Facebook ‘Getha’ serta memasukkan #KisahWiraKisah #KisahWiraKita #ParadigmJB #getha di dalam kisah mereka. Seramai 10 pemenang bertuah dengan kisah terbaik akan memenangi Bantal Lateks Galaxy Getha bernilai RM289!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Nama : Merdeka Baby Reward
Tarikh peraduan : 28 – 31 Ogos 2020 dan 11 – 16 September 2020

PMJB akan menyambut ulang tahun kelahiran rakyat Malaysia yang lahir pada tarikh 16 atau 31 mana-mana bulan dengan hadiah istimewa!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Nama : Be a Wira, Save a Life
Tarikh : 15 Ogos 2020
Tempat : Atrium Tingkat UG

Semua golongan dewasa dialu-alukan ke Kem Derma Darah oleh Hospital Sultanah Aminah. Ia bukan sekadar kebanggaan diri apabila anda membantu menyelamatkan nyawa! Jadi, lakukan kebaikan dengan menderma darah kerana itu yang menjadikan anda lebih daripada seorang ‘Wira’.

Nama : Saya Anak Malaysia 3D pop up card design contest
Tarikh : 5 September
Tempat : Atrium Tingkat UG

Luahkan rasa cinta anda kepada Malaysia dalam peraduan reka bentuk kad pop timbul! Rebut peluang ini untuk menunjukkan kreativiti anda dan memenangi hadiah menarik.

Nama : Good Old Days Redemption
Tarikh : 14 – 31 Ogos 2020

Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM200 ke atas dengan maksimum dua resit boleh menebus buku nota eksklusif dan satu baucar tunai SPAO RM10. Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM300 ke atas dengan maksimum tiga resit layak menerima satu baucar tunai F&B kegemaran sepanjang masa rakyat Malaysia dan baucar tunai SPAO RM10.

*Tertakluk pada terma dan syarat

gateway@klia2 & SkyPark Terminal

Nama: Car Park Promotion
Tarikh: 1 – 31 Ogos 2020

Pengunjung pusat membeli-belah gateway@klia2 & Skypark Terminal boleh meletakkan kenderaan mereka secara percuma untuk jam pertama, diikuti dengan caj minimum sebanyak RM2 untuk setiap jam berikutnya.

*Tertakluk pada terma dan syarat

gateway@klia2

Nama: Blood Donation Campaign
Tarikh: 14 – 16 Ogos 2020 & 4 – 6 September 2020

Pengunjung pusat membeli-belah boleh menyertai Kempen Derma Darah yang diadakan di Tingkat 2, Ketibaan (Belakang ERL) dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

*Tertakluk pada terma dan syarat

SkyPark Terminal

Nama: Face Mask Giveaway
Tarikh: Berterusan

Pengunjung pusat membeli-belah Skypark Terimal berpeluang menebus dua helai topeng muka semasa menunjukkan tiket letak kereta mereka di kaunter pertanyaan di Tingkat Bawah.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Print

Untuk info lanjut mengenai aktiviti dan promosi, sila kunjungi halaman media sosial pusat membeli-belah dan laman web di:

Laman web:

Paradigm PJ: www.paradigmmall.com.my

Paradigm JB: www.paradigmall.com.my/jb

gateway@klia2: www.gatewayklia2.com.my

SkyPark Terminal: http://www.subangskypark.com/

Halaman Facebook:

Paradigm PJ: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/

Paradigm JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB/

gateway@klia2: https://www.facebook.com/gatewayklia2/

SkyPark Terminal: https://www.facebook.com/SubangSkyPark/

Hits: 68

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.