10 Idea Tempat Menarik Jalan-jalan Di Johor Sekeluarga

Visit Johor 2020 dibatalkan sebab Covid-19, apakan daya. Namun, negeri Johor sentiasa terbuka terima tetamu dari seluruh pelusuk Malaysia. Cari idea tempat menarik yang sesuai jalan-jalan di Johor dengan anak-anak seisi keluarga? Boleh lihat senarai di bawah.

Dari Nusajaya ke Johor Bahru, sampai ke Kota Tinggi dan akhirnya di Muar, semua tempat dalam senarai ini memang berbaloi singgah dan beraktiviti seisi keluarga.

10 Idea Jalan-jalan Makan Angin Di Johor Sekeluarga

1. Forest City, Iskandar Puteri

Seperti namanya, Forest City adalah sebuah bandar berkonsep ‘hijau’ di daerah paling Selatan tanah besar Asia. Selain pemandangan yang indah dan instagrammable spot yang menarik, terdapat juga kolam mandi untuk anak-anak bermain di sini.

Jalan-jalan Makan Angin Di Johor Sekeluarga Forest City di Iskandar Puteri

Baca lebih lanjut tentang Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

2. VRinity Malaysia, Medini, Iskandar Puteri

Suka aktiviti rare? Boleh cuba terokai dunia Virtual Reality di pusat hiburan interaktif dengan teknologi VR pertama di Malaysia. VRinity Malaysia terletak di dalam Mall of Medini, bersebelahan saja dengan Legoland. Dengan slogan Reach The Infinity @ VRinity Malaysia, anda pasti dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan di sini bersama keluarga.

Jalan-jalan Makan Angin Di Johor Sekeluarga Dragonfly VR Racer di VRinity Malaysia - Reach The Infinity

Baca maklumat penuh di VRinity Malaysia.

3. B5 Johor Street Market di Johor Bahru

Apa yang paing saya suka di B5 Johor Street Market ini adalah makanan-makanan yang meriah banyak pilihan, persembahan kebudayaan setiap hari dan tayangan filem percuma sepanjang hari minggu stail piknik di dataran terbuka. Seronok betul!

Beli makanan, benang tikar dan duduk lepak sekeluarga sambil menonton. Jadual tayangan boleh disemak di laman Facebook dan Instagram rasminya. Terdapat juga kedai-kedai barangan keperluan, gerai buah-buahan dan butik pakaian di B5 Johor Street Market.

Jalan-jalan Makan Angin Di Johor Sekeluarga B5 Johor Street Market

Boleh baca lebih banyak info tentang B5 Johor Street Market.

4. Malay Cultural Village

Kalau anda suka belajar tentang budaya Melayu secara hands-on, boleh datang ke Malay Cultural Village. Antara aktiviti yang boleh dirasai di sini termasuklah pementasan tarian tradisional, persembahan wayang kulit, mencanting batik dan melihat galeri perkahwinan Melayu tradisional. Terdapat pakej-pakej yang boleh dipilih untuk aktiviti di sini.

Peta kawasan Malay Cultural Village
Peta kawasan Malay Cultural Village
Jalan-jalan Makan Angin Di Johor Sekeluarga Pementasan wayang kulit di Malay Cultural Village
Pementasan wayang kulit di Malay Cultural Village

Baca tentang Malay Cultural Village untuk dapatkan maklumat lanjut.

5. Kiddomo Discovery, R&F Mall JB

Khas untuk keluarga yang ada anak-anak kecil, bawalah anak-anak bergembira di Kiddomo Discovery yang terletak di dalam R&F Mall JB. Antara aktiviti yang pasti buat anak-anak gembira termasuklah:

  • Artistic Play
  • Art Live
  • Interactive Play
  • Interactive Slide
  • Sing + Dance @ Kara-o-kid
  • Papercraft Experience
  • Play Together
  • Dino Discover
 Kiddomo Discovery r&F Mall JB
Jalan-jalan Makan Angin Di Johor Sekeluarga Kiddomo Discovery R&F Mall JB

Untuk tahu info lebih banyak tentang harga tiket dan sebagainya, boleh baca di catatan Kiddomo DIscovery R&F Mall JB ini.

6. Skyscape @ Menara JLand, Johor Bahru

Suka sensasi tempat tinggi? Boleh cuba berjalan atas kaca jernih di Tingkat 34 Menara JLand di Johor Bahru ini. Ruang hiburan udara atau aerial entertainment space yang dinamakan Skyscape ini merupakan satu tarikan yang agak baru di Johor Bahru. Sesuailah untuk anda yang sukakan cabaran tempat tinggi, bergambar di instagrammable spot dan bersantai dengan permainan VR dan teater mini di situ.

Skyscape Menara JLand
Skyscape Menara JLand pandangan gayat dari atas cermin

Boleh tengok macam-macam lagi yang ada di Skyscape @ Menara JLand daam artikel ini.

7. Pantai Desaru, Kota Tinggi

Nikmati alam semulajadi di Pantai Desaru, Kota Tinggi dengan angin sepoi-sepoi bahasa, pasir pantai memutih dan air laut yang melegakan badan. Berbaloi datang ke sini dan bermalam bersama keluarga.

pantai desaru kota tinggi

Baca selanjutnya di Pantai Desaru Kota Tinggi.

8. Umbrella Alley, Muar

Dari Kota Tinggi, kita naik merayap di atas peta ke daerah di sebelah Utara Johor, iaitu Muar. Bandar yang dulunya digelar ‘bandar pencen’ kini telah dinaiktaraf dengan cemerlangnya sampai mendapat anugerah ‘Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN 2018’ ini menawarkan tarikan terbaru buat anda yang gemarkan tempat bersantai sambil bergambar buat simpanan album kenangan keluarga, Umbrella Alley.

Pelbagai mural, termasuklah mural 3D, di dinding-dinding bangunan dan permukaan jalan menjadikan kawasan ini menarik, ceria dan menghiburkan.

umbrella alley muar

Baca selanjutnya tentang Umbrella Alley di sini.

9. Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar

Kalau anda sukakan alam semulajadi dan ingin cabaran fizikal ringan, bolehlah panjat Gunung Ledang sampai ke tingkat teratas air terjunnya yang dipanggil Kolam Puteri. Pasti puas mandi sambil piknik dan riadah dengan keluarga. Boleh juga berkhemah atau bermalam di resort di kaki gunung ini.

kolam puteri gunung ledang

Baca tip hiking dan lihat lebih banyak gambar Kolam Puteri Gunung Ledang di sini.

10. Kolam Renang di AMA Resort, Muar

Kalau mahu anjurkan ahli keluarga atau santai-santai dengan keluarga hujung minggu, bolehlah ke AMA Resort, Muar. Kolam renangnya boleh tahan menarik dan menghiburkan untuk anak-anak, terutamanya. Resort ini juga sesuai untuk aktiviti team building dan latihan korporat.

AMA Resort Muar

Baca selanjutnya di AMA Resort, Muar untuk maklumat penuh.

Puas berjalan 4 hari 3 malam?

Kalau singgah semua tempat dalam senarai di atas, puaslah berjalan keliling Johor. Sudah siap senarai tempat menarik jalan-jalan di Johor, bolehlah rancang aturcara percutian dengan keluarga.

Mana lagi tempat yang anda rasa boleh dimasukkan dalam senarai ini? Komenlah ya! Jumpa di Johor.

Hits: 465

9 Comments

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.