Kek dan kopi sedap di Miyakori Coffee Eco Palladium
Kalau cari kek dan kopi sedap, boleh datang ke Miyakori Coffee di Eco Palladium, Johor. Selain kek yang comel dan sedap, kopi di Miyakori Coffee sangatlah pekat dan mengasyikkan bila dihirup perlahan. Fuh!
Lagi-lagi Miyakori Coffee yang merupakan signature kopi di sini sesuai namanya. Rose Latte yang sangat berkrim dan wangi itu sesuai dipadan dengan Yogurt Cheesecake yang berwarna biru pink dalam gambar di bawah.

Saya datang ke MIyakori Coffee Eco Palladium dengan Sunah dan Aleya untuk cuba menu barunya. Jeng jeng jeng…
Miyakori Coffee baru saja memperkenalkan menu baru, set sekawan kopi dan kek berasaskan buah pic. Rare kan? Rasanya membangkitkan curiosity ibarat menjelajah ke dunia makanan baru.

Kami cuba meneka-neka rasa kek yang sedap berisikan potongan buah pic di dalamnya ini. Coklat? Mocha? Brown sugar? Ear Grey Tea rupanya! Unik betul. Sedap sungguh dipadankan dengan topping krim istimewa itu. 4-inch Peachy Earl Grey Cake, hanya di Miyakori Coffee.

Kalau anda peminat buah pic tegar, pernah rasa kopi buah pic? Menarik kan. Peachy Yogurt Frappucino, gandingan kopi dengan pic, resepi asli dari Miyakori Coffee. Bayangkan rasa masam pic, pahit kopi, lemak krim dan manis susu tu semua bergabung dalam satu cawan, nikmat.

Ruang dalaman untuk duduk dan makan juga selesa untuk anda yang gemar lepak sambil buat kerja dengan rakan-rakan. Buat birthday party pun menarik juga ni.
Update 19 Ogos 2020
Sambut birthday kakak cantik Didi dengan kek Miyakori Coffee. Semua berempat yang makan hari tu cakap sedap, termasuklah birthday girl. Semoga berbahagia selalu, Kak Di.
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari 11 am hingga 8 pm.
Lokasi Miyakori Coffee Eco Palladium
Miyakori Coffee juga ada di dua lagi lokasi di Johor.
Miyakori Coffee City Square
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
Miyakori Coffee Sunway Iskandar
Dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
Miyakori Coffee Facebook & Instagram
Hits: 91