Pudding Milk Tea

The Alley ada Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk. TeaLive ada Roasted Milk Tea yang boleh tambah jeli puding. Bila Perintah Kawalan Pergerakan, termenunglah kau pandang gambar-gambar campak belakang segala teh dan kopi artisan yang kau minum dulu-dulu di sosial media kan. Maka, mentol kreatif terang-benderang muncul di atas kepala.

Apa kata aku campur saja puding karamel dengan teh susu? Sudah-sudahlah berkata. Baik buat saja. Maka, tadaaa! Lahirlah resepi sesuci lebaranku ini. Menu buka puasa kami masa PKP lepas. Check it out!

Resepi Puding Karamel

Mula-mula kenalah buat puding karamel dulu ya, tuan-tuan dan puan-puan. Kena ingat! Puding karamel ambil masa beberapa jam untuk sejuk betul. Jadi kena buat awal-awal. Sehari sebelum pun tak apa. Lagi lama simpan, lagi pekat dan mampat puding tu dalam peti ais. Resepi puding karamel saya di sini ya.

Teh susu

Aku pakai teh misai kucing Bioalpha hari tu. Sedap! Rasanya sama saja macam teh yang biasa kita minum, dengan kelebihan khasiat misai kucing. Ini resepi sekali minum untuk 4 orang ya.

4 uncang Teh
4 cawan Air
6 sudu besar Susu pekat manis
2 cawan Susu segar
Puding (sesuka hati banyaknya)

  1. Rebus uncang teh dengan air sehingga mendidih. Teknik ini menyebabkan orang yang kalah dengan air takkan senak perut minum teh, tak seperti selalunya kita rendam uncang dalam air panas.
  2. Buang uncang teh dari bekas air panas. Asingkan dua cawan air untuk dibuat ais. Sebabnya, kalau guna ais kosong, nanti rasa minuman makin kurang bila ais mencair. Jadi kita guna kiub ais teh.
  3. Semasa masih panas, masukkan baki air tadi ke dalam jag. Campurkan susu pekat dan kacau rata.
  4. Masukkan susu segar. Sejukkan.
  5. Bila hendak minum, baru campurkan puding dan kiub ais teh tadi.
  6. Minumlah dengan straw pakai buang (jaga planet kita) supaya puas bila sedut minuman, dapat cebisan puding sekali. Nikmat! Alhamdulillah.
Teh ais puding

Hits: 22

2 Comments

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.