Kembara Dapur PKP

Jalan-jalan, makan angin musim Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 | Assalamualaikum dan salam sejahtera, pembaca semua! Perintah Kawalan Pergerakan buat kita semua batalkan percutian kita kan. Pergi kerja pun tak boleh, berjalan-jalan merentas negeri apatah lagi. Namun, kita boleh mengembara di dapur.

Dari dapur mak saya di kampung, sampai ke Melaka. Dah puas di Malaysia, keluar sampai India dan Korea. Jauh kembara tu kan? Tapi semuanya berlaku di dapur rumah sewa kami saja. Jom saksikan kembara kami, Geng Insyirah.

Dalgona coffee, mocha & cocoa

Mula-mula taklah berahi sangat dengan Dalgona ni, sebabnya satu je dan sebab tu agak pelik. Aku lemah sebab bila gaul-gaul, kopi tu susah nak turun. Mengada tak? Mengada kan. Haha. Tapi gembira sebab osmet-osmetku suka dan teruja. Kemudian jumpa pula trick dapatkan Dalgona Mocha dan Dalgona Koko yang sempurna, lagilah gembira. Pakai ovallete, guys! Boleh tengok resepi penuh dalam post di bawah ya.

Roti puri

Roti puri ni macam comfort food. Selama ni makan kat kedai saja. Tapi sebenarnya bukan senang nak jumpa. Kalau jumpa kat bazar, sampai rumah, dah kurang rangupnya. Sejenis keajaiban bila seorang Afzani buat roti puri sebab beliau bukan rajin sangat buat benda sejenis kena gelek satu-satu macam ni. Tapi alhamdulillah percubaan pertama ni menjadi, sedap dan dapat bintang banyak dari osmet-osmetku.

Pengat ubi campur pisang

Pengat ubi ini bukanlah makanan yang megah sangat. Tapi aku bukan jenis mencuci mulut sangat di rumah. Maka sudah umur 30-an inilah pertama kali buat pengat ubi. Bolehlah buat hilang pingin masakan Mak.

Asam pedas daging tetel

Minggu lepas, rasa nak berjalan-jalan ke Melaka pula. Tapi sebab cuma boleh berjalan sampai Maslee depan rumah ni, maka beli daging tetel buat asam pedas sajalah. Pertama kali aku masak daging tetel sendiri.

Masak asam pedas, dah biasa. Masak daging tetel, habis aku Google cara lembutkan daging. Maka, aku jumpa dua cara yang senang, aku dah cuba dan menjadi. Baca selanjutnya dalam post di bawah ya.

Kari daging tetel

Dasar penggemar daging tetel, cicah roti puri pun dengan kari daging tetel. Resepi di sini ya.

Pudding milk tea

Kalau The Alley ada Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk dan TeaLive ada Roasted Milk Tea yang boleh tambah jeli puding, rumah kami ada oven, depan rumah kami ada kedai runcit. Hehe. Maka kami buat sendirilah masa PKP hari tu. Tengoklah resepi di bawah ye.

Begitulah recap resepi PKP saya. Awak pula belajar resepi apa masa PKP, cuba share?

Hits: 26

2 Comments

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.