Cara Lembutkan Daging

Kalau hendak lembutkan daging dalam masakan, lakukan ini dulu sebelum masak |Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pembaca! Pertama kali masak daging tetel, saya nervous jadi saya cari cara-cara nak lembutkan daging. Maklumlah, kalau kuah dan rempah sedap, tapi daging liat, hilang selera nak makan kan.

Daging yang lembut membuatkan masakan dapat dinikmati dengan sepenuhnya.

Apa yang saya buat? Daging yang nak dimasak tengahari tu, saya keluarkan seawal 9 pagi. Selepas lebih kurang sejam, daging sudah tidak beku, saya lumurkan dengan asam jawa. Asam jawa yang saya lumurkan adalah kuantiti yang saya akan gunakan dalam masakan. Bergantunglah pada masakannya, seperti kari atau asam pedas. Asam jawa untuk kari mungkin kurang sikit berbanding asam pedas. Kemudian, saya masukkan balik daging ke dalam peti ais tapi bahagian penyejuk, bukan peti beku. Ini sebab saya ingin perap, tapi saya tak mahu tinggalkan daging di suhu bilik. Biarkan dalam sejam sebelum dimasak.

Apa yang saya baca, segala bahan masakan berasid boleh digunakan untuk lembutkan daging. Contohnya, cuka, lemon, limau dan tomato. Asid dalam bahan-bahan tersebut akan menguraikan protein pada daging dan melembutkan daging sebelum dimasak lagi.

Saya cuba gunakan cuka juga. Menjadi! Cuma kena pastikan daging dibasuh betul-betul untuk hilangkan rasa cuka itu. Mungkin saya terlebih letak masa itu.

Boleh cuba lembutkan daging sebelum masak lepas ni ya!

Hits: 5

7 Comments

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.