ESG Gazoline: E-sport Gaming Fast Food Restaurant

ESG Gazoline: A space where gaming, fast food and lepak with friends become one | Anda ada ramai kawan? Dalam sepuluh orang, ada yang suka main online game, ada yang suka makan, dan ada yang suka duduk lepak-lepak dengan kawan saja-saja tanpa tujuan. Ha! ESG Gazoline ni memang spot yang sesuai untuk anda dan geng anda.

ESG Gazoline menyediakan ruang duduk dan PS4 yang selesa untuk anda makan sambil main game dengan kawan-kawan
Ruang dalaman kafe yang direka khas untuk keselesaan gamers.
Sambil main game, sambil makan. Heaven!

Anda boleh gunakan PS4 yang tersedia dengan ruang duduk yang selesa dan televisyen HD penuh ini pada harga hanya RM3. Pastikan anda makan di sini sekali.

Jika anda hanya main game tanpa makan, sejam yang pertama berharga RM10, diikuti RM3 setiap jam seterusnya. Main sampai lebam, guys!

Kaunter tempahan makanan dan minuman layan diri di ESG Gazoline. Anda akan disambut dengan pelayan yang mesra sebaik sahaja melangkah masuk ke ESG Gazoline.
Kaunter tempahan makanan dan minuman layan diri di ESG Gazoline. Anda akan disambut dengan pelayan yang mesra sebaik sahaja melangkah masuk ke ESG Gazoline.

Jom tengok menu apa yang ada di ESG Gazoline. Menu-menu menarik termasuklah ayam goreng, burger, nugget dan nachos, di samping minuman-minuman seperti kopi, ice blended dan energy slushies.

All food in the menu and some fancy drinks for you while you play PS4 games at ESG Gazoline.
Semua menu makanan yang ada di ESG Gazoline. Semua burger, nugget dan ayam goreng terdapat dalam set bersama jagung stim dan kentang goreng.

Tiga menu yang paling saya suka dalam semua makanan di atas adalah Wagyu burger, fish burger dan nachos. Minuman yang paling saya suka pula adalah hazelnut latte. Fuh, sempurna keseimbangan manis dan pahitnya!

Kalau ingin lihat gambar semua menu dan suasana di dalam cafe ESG Gazoline, boleh lihat di Facebook page saya ya.

Lokasi ESG Gazoline

Terdapat dua cawangan ESG Gazoline di Johor Bahru:

ESG Gazoline Masai

23 & 25, Jalan Kota 3/3, Taman, Cahaya Kota Puteri, Masai, Johor

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d63815.228448336384!2d103.74477501324921!3d1.4996330733138923!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31da6b995519a7c7%3A0x24b9b819fc971f91!2sGazoline%20Malaysia!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1584418925036!5m2!1sen!2smy&w=600&h=450]

ESG Gazoline Eko Botani

67 & 69, Jalan Eko Botani 3/7, Taman Eko Botani, Iskandar Puteri 79100, Johor

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3988.5620889466986!2d103.61639571426514!3d1.437829161688169!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31da0b9e83fb1e91%3A0xace902607eb4d4a6!2s67%2C%20Jalan%20Eko%20Botani%203%2F7%2C%2079100%20Gelang%20Patah%2C%20Johor!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1584419086063!5m2!1sen!2smy&w=600&h=450]

Follow ESG Gazoline Social Media

Hits: 11

2 Comments

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.