Tourism Malaysia Menyambut Pelancong di Pintu-pintu Masuk Utama Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Kota Bharu, 1 Januari 2020 – Tourism Malaysia membuka tirai tahun baru 2020 dengan mengadakan acara sambutan di pintu-pintu masuk utama dan lokasi terpilih untuk menyambut kedatangan para pelancong dari luar dan dalam negara bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam bin Abdul Rahman turut menyertai acara sambutan yang diadakan di Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan yang merupakan salah satu pintu masuk utama dan lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

“Selain meyambut kedatangan pelancong ke negara kita pada hari pertama bagi tahun 2020, kita adakan acara ini untuk menghangatkan lagi kemeriahan sambutan Kempen VM2020,” jelas beliau ketika berucap kepada media dalam majlis tersebut.

Acara sambutan ini diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi korporat yang terlibat dalam industri pelancongan yang turut sama memeriahkan majlis di setiap lokasi pintu masuk dengan penglibatan dari segi bantuan persediaan majlis dan juga sumbangan penyediaan cenderahati untuk pelancong.

Bagi memeriahkan lagi majlis, kumpulan 100 orang pertama pelancong dari Thailand disambut dengan iringan persembahan Kebudayaan Tradisional Kelantan dan diberikan beg cenderahati berupa barangan promosi dan cenderahati VM2020 sebagai tanda penghargaan dan kemesraan rakyat Malaysia.

Malaysia telah menetapkan sasaran 30 juta kedatangan pelancong luar serta hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 billion sempena VM2020. Berpandukan slogan “Visit Truly Asia Malaysia 2020”, Kempen VM2020 menjanjikan sambutan hangat yang dipenuhi dengan pelbagai perayaan dan acara menarik sepanjang tahun. Senarai acara-acara utama boleh dilayari di laman web rasmi Visit Malaysia 2020 di

vm2020.malaysia.travel/

Video sekitar acara sambutan Visit Malaysia 2020 di Rantau Panjang, Kelantan.

Lihat lebih banyak gambar sekitar acara Sambutan Visit Malaysia 2020 di ICQS Rantau Panjang di bawah.

Lagu Rasmi Visit Malaysia 2020.

Untuk mendapatkan siaran akhbar, info media dan artikel berkaitan industri pelancongan Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di

tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2018. Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.8 juta orang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlah sebanyak 84.1 billion sekaligus meletakkan Malaysia dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi:
TIC Kota Bharu / Tourism Malaysia
Pn Nor Hayati Abdullah (Pegawai Peancongan Kanan)

Emel: norhayati@tourism.gov.my
Tel: 09-747 7554 / 012-967 4212

Hits: 2

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.