Sky Mirror Kuala Selangor

Sky Mirror Kuala Selangor, untuk anda yang suka memfotokan kenangan | Sky Mirror Kuala Selangor merupakan satu kawasan beting pasir di tengah laut di pesisir pantai Kuala Selangor. Ketika air pasang, kawasan ini hanya boleh dilalui bot. Namun, ketika air surut, beting pasir kelihatan dan kita boleh berjalan kaki di tengah laut. Kagum betul dengan manusia pertama yang terfikir untuk jadikan ia kawasan pelancongan.

Boleh tengok hasil kami bersusah payah posing kat tengah-tengah laut tu. Berpeluh-peluh nak siapkan gambar-gambar ni tau!

Untuk ke sana, kami perlu melalui jeti Kuala Selangor yang merupakan pintu masuk rasmi Sky Mirror Kuala Selangor.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dengan menaiki bot. Tour guide anda akan menerangkan ekosistem semulajadi paya bakau yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Sky Mirror Kuala Selangor.

Suasana di Sky Mirror yang sebesar empat padang bola. Meriah! Tapi tetap ada ruang untuk semua orang.

Tip Memaksimakan Kegembiraan Anda di Sky Mirror Kuala Selangor

1. Pastikan anda telefon dan tanya jadual air pasang surut sebelum merancang percutian anda, kerana kawasan ini hanya sesuai didatangi pada waktu-waktu tertentu setiap bulan.

2. Pakai baju berwarna terang supaya gambar anda jelas, kontra dengan latar belakang dan menyerlah. Lebih baik jika anda pakai baju kontra dengan rakan-rakan anda, jadi gambar anda sekumpulan berwarna-warni dan comel.

3. Pakai selipar atau kasut yang sesuai, sebab anda akan berkaki ayam di kawasan ini. Sediakan tuala atau tisu yang mencukupi untuk bersihkan kaki. Seluar anda juga akan basah kerana selapisan air sentiasa ada di permukaan beting (inilah yang jadikan bebayang kelihatan seperti cermin). Lagipun, seronok gambar melompat-lompat.

Tonton video di bawah untuk tengok perjalanan kami ke Sky Mirror Kuala Selangor dan suasana di sana.

Lokasi Jeti Sky Mirror Kuala Selangor

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d15932.124743585695!2d101.2506397!3d3.3424574!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x0%3A0xcf0483feca7d82d9!2sJetty%20Sky%20Mirror%20Kuala%20Selangor!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1578207805201!5m2!1sen!2smy&w=600&h=450]

Hubungi Sky Mirror Kuala Selangor

Nombor telefon dan emel Sky Mirror Kuala Selangor

+6011-14303638 Yan (WhatsApp ONLY) enquiries@skymirrormalaysia.org

Laman Rasmi dan sosial Sky Mirror Kuala Selangor

Hits: 4

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.