RM15,000 Sebulan

Semalam suatu keajaiban telah berlaku. Buat pertama kalinya saya berhadapan dengan jawapan ini. Soalan ini biasa saya ajukan kepada prospek muda bila berjumpa kali pertama.
“Berapa yang awak perlukan untuk bersara?”
Dan semalam buat pertama kalinya saya kagum dengan jawapan yang saya dapat.
Beliau jawab, “RM15,000 sebulan.” ‘MasyaAllah,’ getus hati saya.
Mata saya terbeliak dan saya terkeluar, “Wow!”
“Kenapa? RM15,000 tu basic sangat kan? Cukup-cukup makan,” balas beliau.
Betul kata beliau. Saya kata ‘wow’ bukan sebab amaun itu banyak, tapi sebab saya kagum dengan beliau.
.
.
.
Jawapan ‘RM15,000 sebulan’ itu menunjukkan rakan saya ini faham 3 perkara di bawah:
1. Beliau Faham Kesan Inflasi
Jika ada sekarang hidup selesa dengan RM6,000 sebulan. Nilai wang ini akan susut menjadi hampir RM15,000 dengan kesan inflasi 3% setahun dalam tempoh 30 tahun. Samalah seperti nasi lemak zaman kita sekolah 50sen, zaman adik kita sekolah RM1, zaman anak-anak kita RM2. Nilai barang kelihatan seperti makin mahal. Tapi sebenarnya nilai wang kita yang susut.
2. Beliau Sedar Keperluan Dana Persaraan
Beliau tahu waktu usia tua adalah waktu untuk berehat dan bertenang-tenang. Jadi beliau perlu adakan pendapatan pasif RM15,000 sebulan atau tabung dana RM2.7 juta untuk bersara dengan tenang.
Saya bimbang bila prospek klien saya menjawab RM300,000 bila saya tanya amaun dana persaraan. Ada juga yang pernah komen “RM500,000 tu banyaknya, kak” bila saya ajukan. Mereka ini masih belum sedar.
3. Beliau Tahu Perbelanjaan Bulanan Sendiri
Hanya orang yang merekod dan merangka bajet bulanan saja yang tahu berapa mereka perlukan setiap bulan dan berapa yang sebenarnya mereka belanjakan saban hari. Barulah mereka boleh plot dana persaraan yang mereka perlukan.

Saya tabik rakan saya ini! Saya harap lebih ramai yang sedar keperluan ini.
Anda? Berapa RM tabung persaraan anda? Jom kira.

Hits: 6

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.