Anak Muda Celik Wang

Adik, nak bersara perlu berapa RM agak-agaknya?

“Dalam RM300,000 kot, kak.”
Astaghfirullah! Pening makcik, nak. Bawa mengucap.
.
.
.
Bagusnya kau, dik! Umur 20 dah menyimpan 300 sebulan. Akak umur kau kat uni tahu horey horey je.
“Saya membesar tengok mak ayah saya tak simpan duit. Bila dah kerja sekarang, saya baca, cari info, dan belajar simpan sendiri.”
Kaulah pemudi harapan negara, dik.
.
.
.
Awak 18, baru habis sekolah? Awak 22, baru habis degree? Kerja part time kat sini ya. Akak salute awak, dik. Akak dulu mengular je lepas habis belajar. Nasib baik jadi orang sekarang.
“Akak, saya tak pernah dengar pun pasal gomen bagi Youth Incentive PRS ni?”
Sebab itulah berdiri akak di sini, dik. Meh kita cerita.
.
.
.
Banyak lagi kerja kau, Ajan. Mesti terus kongsi ilmu, terus kongsi ilmu.
.
.
.
Adik dalam gambar tu namanya Atirah. Baru berkenalan semalam kat Perling Mall. Habis vokasional terus kerja. Buat part time dropship lagi. Muda-muda dah disiplin simpan 30% gaji. I admire you, dik.

 
 
#financialplanning
#kisahbenar
#ajanmusing #diariUTCajan

Hits: 2

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.