Along With The Gods: Last 49 Days

(A case study on mutual funds)
Warning:
1. Spoilers alert!
2. PG13 – Mengandungi unsur-unsur khurafat.
.
.
.
Seorang atuk dan cucunya bakal kehilangan rumah mereka kerana kawasan tersebut akan dibangunkan. Sung Ju (Ma Dong-seok), Jin Penjaga Rumah, yang menjaga mereka telah menggunakan wang pampasan tanah yang diterima untuk membeli mutual funds atas nama budak tersebut yang belum bersekolah. Wang yang asalnya sebanyak ¥100,000 sedang mengalami kerugian 70% dalam mutual funds, hanya tinggal ¥30,000 saja. Pasaran Korea sedang teruk dan matawang Won rendah berbanding negara-negara jiran.
Haemonwak (Ju Ji-hoon) dan Doeng-chun (Kim Hyang-gi), dewa-dewa pencabut nyawa, yang asalnya datang untuk tamatkan riwayat si atuk, mengubah fikiran sebab kasihankan budak kecil tadi tu. Jadi, Sung-ju kantoi bab mutual funds tadi. Haemonwak sangat marah. Sung-ju masih yakin yang pasaran Korea bakal pulih dan budak itu boleh mengaut hasilnya bila dia besar nanti.
Pada akhir filem, pasaran Korea memang pulih. Malangnya, Sung-ju telah mati dan tak dapat melihat hasil kerjanya. Ada 3 kesilapan yang boleh dipelajari daripada tindakan Sung-ju:
1. Menggunakan semua wang simpanan untuk melabur dalam tempat yang sama. Wang tersebut sepatutnya dibahagikan mengikut asset diversification untuk kalis dengan kejatuhan pasaran saham. Cara yang terbaik adalah melabur secara berkala menggunakan pendapatan bulanan, atau nama lainnya Ringgit-cost Averaging. Dalam kes Sung-ju yang mengurus sejumlah wang yang besar, pastikan buat asset diversification.
2. Melabur bawah nama anak bawah umur. Dalam Malaysia, anak bawah umur tidak boleh melabur. Mereka boleh jadi pemegang akaun kedua sahaja. Jika berlaku kematian penjaga, harta tersebut terpaksa dibekukan sehingga anak terbabit berusia 18 tahun. Alternatif yang baik adalah pemegang akaun adalah orang dewasa, diletakkan penama yang juga orang dewasa (untuk memegang amanah sekiranya pemegang akaun meninggal dunia) dan diwasiatkan kepada si anak yang berkenaan.
3. Tidak mendapatkan nasihat konsultan. Konsultan yang bertauliah boleh membantu anda memilih dana dan mencadangkan portfolio pelaburan yang sesuai dengan target anda.
Namun begitu, ada juga mindset pelabur yang baik pada Sung-ju.
Sung-ju faham yang matlamat pelaburan dalam mutual funds adalah untuk tempoh jangka panjang. Ada masa lebih 10 tahun sebelum budak itu cukup umur, maka cukup masa untuk pelaburan tersebut berkembang.
.
.
.
Walaupun terdapat perbezaan antara mutual funds dan unit trust funds dari segi caj dan pengurusan dana, kes di atas dapat digunapakai dalam memahami konsep unit trust.
.
.
.
ULASAN FILEM
Jika anda belum tonton Along With The Gods: The Two Worlds (filem pertama), silalah tonton dulu. Sebab seperti rakan saya, anda mungkin termangu-mangu dari babak pertama filem lagi. Segala konsep alam barzah yang dibawa dalam filem pertama dan peranan watak-watak utama langsung tak diterangkan pada permulaan filem kedua.
Sila tonton filem ini jika anda:
1. Peminat jejaka berlesung pipit Lee Jung-jae yang melakonkan watak King Yeomra. Oi, macho sekali!
2. Anda peminat tegar CGI dan kesan khas. CGI filem ni saya bagi 5 bintang. Solekan kesan khas seperti luka kering pada muka pelakom pun nampak sangat betul. Kagum!
3. Anda suka genre fantasi. Anda minat drama Goblin? Anda mesti suka filem ini. Dengan latar zaman pendekar Goeryo, saya kagum bila wajah watak-watak utama tu berubah sangat lain bila flashback.
4. Mahu merasakan keinsafan tahap bertaubat dengan kisah alam barzah. Saya paling ngeri dengan Neraka Kemalasan (indolence) dalam filem ni. Khas untuk orang-orang yang suka bazir masa. Kena gilis dengan batu. Astaghfirullah.
5. Anda suka emotional roller coaster. Aku tengah sibuk menangis sebab Sung-ju dah nazak, tetiba keluar lawak mutual fund pulak. Terpaksalah aku ketawa dalam sendu. Ei, geram! Memang cemerlang permainan emosi tu.
Anda mungkin kecewa dengan filem ni jika anda:
1. Berhasrat bawa anak anda menonton sekali. Bab syurga, neraka dan alam barzah ni, jauh sekali dengan ajaran Islam. Nanti terpesong pula pemahaman anak-anak. Lagi-lagi bila grafik baik, susah nak lupa. Saya dah umur dekat 30 tahun baru saya tahu yang kebanyakan kisah-kisah Nabi yang saya baca dari buku cerita kanak-kanak dulu merupakan kisah israiliyyat. Jadi elok elakkan.
2. Peminat plot cerita yang kukuh. Plot filem ini agak ringkas dan boleh dijangka. Susah-susah je sudut pandang kamera tu sorok-sorok muka masa flashback, padahal jalan ceritanya dah boleh diagak.
3. Lemah dengan plot meleweh. Narration terlalu panjang dalam flashback. Banyak juga adegan flashback yang terlalu perlahan. Kecuali anda sedang ke laut dihanyut emosi, anda mungkin terlelap seperti rakan saya. Kisah benar.
Korea sedang menyaksikan kegemilangan genre fantasi. Filem ini ternobat sebagai filem kelima dengan pungutan kasar tertinggi dalam sejarah filem tempatan Korea Selatan. Silalah tonton.
.
.
.
Elok pula naik kereta balik dari panggung, kawan buka radio IKIM.fm. Berkumandang pula lagu Far-east, Menanti di Barzah. Terperanjat aku.
Akhir kalam. Ingat ya! Belajar dari Sung-ju. Bila melabur dalam unit trust, mesti long term, berkala dan dengan konsultan bertauliah.
Your unit trust consultant,
Ajan
wasap.my/60137032735/unittrust
(Juga peminat lesung pipit. Eh!)
#ajanmusing
#unittrust
#askMeAboutUnitTrust

Hits: 2

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.