Rejection Pedih?

Kelmarin kawanku tanya, “Ajan, macamana kau boleh tahan kena reject bila approach orang? Pastu ko present banyak, orang tak invest, apa kau rasa?”

.
.
Ini jawapanku padanya.

Pertamanya, aku tipu kalau aku kata aku dah alah bisa tegal biasa. Sebab aku masih baru dalam dunia ni. Dan aku bukan naturally a good salesman. Jadi penting untuk aku buat 2 perkara ini.
1. Pagi-pagi prime myself. Atau baca affirmation. Atau dalam solat tahajjud atau solat subuh, doakan kebaikan untuk diri sendiri, spesifik untuk hari tu.
2. Pujuk diri bila kena reject. Aku akan kata pada diri, “Apalah sangat kena reject dengan stranger. Dulu cinta aku kena reject lagilah teruk”. Aku akan terpujuk sebab yang teruk tu aku boleh survive, yang ini kacang goreng je.
Kena reject oleh stranger ni setakat muka merah segan-segan sekejap je. Esok tak ingat pun muka manusia yang reject kita tu. Cinta kena reject, makan tahun hati nak pulih kau.
‘Patah seribu hatiku, bila mengenangkan…’ (Kalau seribu, bukan retak atau pecah ke, Shila?)
.
.
.
Tak mungkin terlahir karya hebat membelah zaman, menyatu umat, kalau Zainuddin tak patah hati dek Hayati. Aku ambil semangat Zainuddin.
.
.
.
Hari ni saya akan berada di Perling Mall. Kongsi-kongsi ilmu labur duit dengan unit trust. Datanglah minum kopi dengan saya ya.
See you,
Ajan
#diariUTCajan
#ajanmusing

Hits: 3

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.