Bakat Yang Tak Digilap

Aku lukis potret ni masa aku 16 tahun. Imaginasi mutlak. Aku simpan dalam sampul buku ni kat bahagian belakang.
Ini adalah satu-satunya buku sekolah yang aku masih simpan, sebab lukisan tu. Aku bimbang kalau aku keluarkan, kertas tu hancur atau koyak, sebab dah lama sangat.
.
.
.
Kenapa lukisan ni berharga?
1. Ini adalah lukisan potret pertama aku dari kosong. Totally made-up by my mind. Sebelum tu, aku hanya meniru dari poster-poster selebriti.
2. Sekarang aku dah tak boleh melukis macam ni lagi. Walaupun itu tahap biasa-biasa, cukuplah nak puaskan hati sendiri. Sekarang tak jadi dah. All skills unpracticed get rusty.
.
.
.
Zaman dulu, manalah ada kemudahan internet nak belajar lukis atas talian. Habis-habis pun aku baca Gempak dan Kreko. Itupun gaya lukis komik tak sama dengan potret.
Aku rasa aku cuma pandai meniru, asalnya. Aku tiru gambar kawan aku. Aku lukis dalam kad hari jadi.
Melukis menyenyapkan otak aku. Sama macam membaca dan terapung atas air. Keeps my mind focused.
Aku dulu selalu kena lekuk dengan cikgu sebab tak boleh duduk diam dalam kelas, mesti tidur. Jadi, aku melukis untuk terus jaga dalam kelas. (Maafkan saya, Mak, Cikgu Fatimah, Teacher Murni, Cikgu Aida! Haha)
.
.
.
Yang menariknya, suatu hari masa aku berjalan dari masjid UTM menuju perpustakaan, aku terserempak seorang mamat ni. Muka beliau sama macam orang yang aku bayang masa aku lukis ni!
Aku terhenti jalan kat susur gajah tu. Aku panik sekejap. Bila dia dah lepas, aku patah balik, jalan laju-laju sampai hujung susur gajah. Buat-buat telefon orang (masa tu pakai Nokia Ngage hokeh!) konon-konon tertinggal barang dan patah balik, supaya aku boleh tilik mamat tu lagi. Oh wow!
.
.
.
Agaknya sekarang aku dah tak penyabar dan dedikasi macam dulu. Satu lukisan ambil berjam-jam dan perlu buat sikit-sikit dalam beberapa hari. Kononnya sekarang dah dewasa, tiada masa (alasan ke tipu diri sendiri ni?).
Ini bakat yang tak diberi perhatian. Jadi tak dimajukan. Kau rasa aku patut terus melukis?

Hits: 2

Share your thoughts about this post

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.